sihaté

⚠ SPECIAL PROMO HARI INI SAHAJA. DISKAUN HINGGA 35% !

2 Sudu Sehari Untuk Bantu Kawal Kolesterol, Gula & Darah Tinggi. Tanpa Tambah Ubat Baru.

Penawar Sunnah Dan Perubatan Moden dalam Satu Botol !

Disyorkan untuk pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolesterol, buah pinggang, sendi dan lain-lain.

Minyak Zaitun Extra Virgin Sihaté kaya dengan polifenol & oleocanthal. Sebatian semula jadi yang bantu badan melawan keradangan, punca utama di sebalik penyakit moden. Juga dipercayai pelanggan untuk gastrik, sakit lutut dan ekzema.

🏆 Emas 2026 Olive Istanbul  ·  🔬 Diuji 2 makmal  ·  🌿 Organik USDA & EU

Laci ubat makin penuh. Tapi badan tetap tak rasa sihat?

Cuba tengok adakah ini rutin harian anda, atau orang yang anda sayang?

1 dari 3

dewasa ada kolesterol tinggi

1 dari 3

dewasa ada darah tinggi

1 dari 6

dewasa ada kencing manis

Sumber: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023

INI YANG JARANG DITERANGKAN

Ubat rawat satu-satu. Tapi keenam-enam penyakit ini berkongsi SATU punca.

Namanya keradangan kronik. Bayangkan api kecil yang menyala dalam badan 24 jam sehari. Perlahan-lahan merosakkan salur darah, mengganggu insulin, menghakis rawan lutut, melukakan dinding perut dan membuat kulit meradang.

Selagi api ini tak dipadamkan, bacaan akan terus naik turun walaupun ubat ditelan setiap hari.

Persoalannya: kenapa penduduk Mediterranean, yang minum minyak zaitun setiap hari, antara yang paling rendah kadar sakit jantung di dunia?

Kajian PREDIMED di Sepanyol ke atas 7,447 orang menemui jawapannya: diet kaya minyak zaitun extra virgin mengurangkan risiko serangan jantung & strok sehingga 30%.

▶ TONTON: PERKONGSIAN USTAZ SYAKIRIN

Sains Baru Menemuinya. Al-Quran Dah Menyebutnya 1,400 Tahun Lalu.

Kenapa Allah bersumpah dengan buah zaitun dalam Surah At-Tin? Kenapa ia digelar pohon yang diberkati? Ustaz Syakirin kongsikan rahsia di sebalik pohon yang pertama tumbuh di bumi dan kenapa Rasulullah SAW menyuruh kita memakan dan meminyakkan badan dengannya.

“Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana ia datang daripada pohon yang diberkati.”

— HR. At-Tirmizi

3 “Pemadam Api” Semula Jadi Dalam Setiap Sudu Sihaté

SEBATIAN 01

Oleocanthal

Ditemui saintis pada 2005 mempunyai tindakan anti-radang yang serupa dengan ibuprofen. Inilah yang buat tekak terasa pedas dan inilah yang membantu sendi dan lutut.

SEBATIAN 02

Polifenol

Antioksidan kuat yang melindungi kolesterol darah daripada pengoksidaan. Langkah awal kepada saluran darah tersumbat. Diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA).

SEBATIAN 03

Omega 9 · 72.6%

Lemak baik yang membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL), meningkatkan sensitiviti insulin dan menjaga kelembapan kulit dari dalam.

▶ TONTON: PAKAR UKM BERSUARA

Jangan Percaya Kata Kami. Dengar Apa Kata Pakar Biokimia UKM.

Pakar dari Jabatan Sains Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia, kupas apa sebenarnya yang ada dalam sebotol Sihaté dan kenapa sebatian dalam minyak zaitun extra virgin mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kesihatan jantung, gula dan keradangan.

Apa Yang Sihaté Bantu, Satu Persatu

Kolesterol

LDL · Trigliserida

Gantikan lemak tepu dengan Omega 9 untuk bantu turunkan kolesterol jahat (LDL), sementara polifenol melindungi lipid darah daripada teroksida dan melekat pada dinding salur darah.

🔬 EFSA mengiktiraf polifenol minyak zaitun membantu melindungi lipid darah daripada tekanan oksidatif (20g sehari).

Kencing Manis

Gula darah

Lemak baik dalam extra virgin membantu melambatkan penyerapan gula selepas makan dan meningkatkan tindak balas badan terhadap insulin menyebabkan kurang lonjakan dan bacaan lebih stabil.

🔬 Kajian di Itali (2015) mendapati extra virgin yang diambil bersama makanan merendahkan bacaan gula selepas makan.

Darah Tinggi

Tekanan darah

Polifenol membantu salur darah lebih anjal dan relaks, supaya jantung tidak perlu mengepam sekuat sebelumnya.

🔬 Kajian di Sepanyol (2012) mendapati minyak zaitun tinggi polifenol membantu menurunkan tekanan darah dalam tempoh 2 bulan.

Gastrik & Ulser

Perut · Penghadaman

Melapik dan menenangkan dinding perut, melancarkan penghadaman dan membantu melawan bakteria H. pylori yang sering dikaitkan dengan ulser.

🔬 Kajian makmal menunjukkan polifenol minyak zaitun aktif terhadap bakteria H. pylori.

Sakit Sendi & Lutut

Radang · Ngilu

Oleocanthal bertindak sebagai anti-radang semula jadi, membantu mengurangkan rasa ngilu dan kekakuan sendi tanpa kesan pada perut seperti ubat tahan sakit.

🔬 Kajian dalam jurnal Nature (2005) mendapati oleocanthal menghalang enzim radang yang sama seperti ibuprofen.

Ekzema & Kulit

Gatal · Kering

Vitamin E dan lemak baik menyokong lapisan pelindung kulit dari dalam. Disapu di luar, ia melembapkan dan menenangkan kulit kering dan gatal.

🔬 Minyak zaitun extra virgin kaya squalene dan vitamin E — dua komponen penting kelembapan kulit.

Tapi AWAS: Dah Minum Minyak Zaitun Tapi Tak Nampak Kesan? Ini Sebabnya.

Minyak zaitun “Pure”, “Light” dan “Pomace” di pasar raya telah ditapis dan dipanaskan. Polifenol dan oleocanthal, sebatian yang buat semua kebaikan di atas dah musnah di kilang.

✓ SIHATÉ EXTRA VIRGIN
✗ PURE / LIGHT / POMACE
▶ RAKAMAN SEBENAR DARI KILANG

Pernah Tengok Macam Mana Minyak Zaitun Anda Dibotolkan? Kami Tak Sorok Apa-Apa.

Kebanyakan jenama tak berani tunjuk kilang mereka. Kami tunjuk setiap langkah dari minyak diisi ke dalam botol kaca gelap, dilabel, hingga dimasukkan ke dalam tiub premium. Bersih, steril dan bertaraf FSSC 22000.

Ramai Mengaku “Extra Virgin”. Sihaté Ada Buktinya.

Dianalisis Makmal Kawalan Makanan Aydın (Kementerian Pertanian Turki) & UKM UNIPEQ Malaysia.

0.21%
Keasidan Bebas

Had extra virgin 0.8% — Sihaté hampir 4× lebih rendah.

9.5
Nilai Peroksida

Had 20 meq/kg. Minyak segar, tidak teroksida.

72.6%
Omega 9

Lemak baik utama. Disahkan UKM UNIPEQ.

0%
Lemak Trans

Tiada langsung dikesan. UKM UNIPEQ.

Diuji secara buta oleh juri antarabangsa dan menang.

Semak sendiri sijil & laporan makmal penuh ↓
BUKTI HITAM PUTIH DARI MAKMAL

LDL 189 → 99. Doktor Pun Hairan.

Bukan cerita, bukan andaian. Ini laporan darah sebenar dari makmal klinik di Singapura. Sebelum dan selepas Puan Roslinda (44 tahun) mula minum Minyak Zaitun Extra Virgin Sihaté.

Kolesterol Total

241 → 159
▼ 34% · Kini normal

LDL (Jahat)

189 → 99
▼ 48% · Kini optimum

Trigliserida

191 → 103
▼ 46% · Kini normal

Nisbah Chol/HDL

6.5 → 4.1
▼ Kini dalam julat

HDL (Baik)

37 → 39
▲ Meningkat

“Tak sampai sebulan saya minum, baru setengah botol — beza banyak nombor dia. Doktor pun hairan.”

— Puan Roslinda, 44 tahun · Laporan 30 Nov 2024 & 25 Jan 2025

Keputusan individu. Kesan berbeza bagi setiap orang.

Mereka Dah Cuba. Dan Mereka Datang Balik Untuk Order Lagi.

Ulasan sebenar pembeli Sihaté. Tekan gambar untuk besarkan.

“TAKUT TAK LEPAS TEKAK…”

Lupakan Minyak Zaitun Yang Berbau & Melekit. Yang Ini Licin Masuk Tekak.

Ramai berhenti amalkan minyak zaitun sebab baunya hapak dan rasanya macam minyak masak. Itu tanda minyak dah lama atau teroksida. Sihaté berbeza: segar seperti baru diperah, sehingga anak-anak dan warga emas pun boleh minum tanpa berkerut muka.

🌿 Aroma rumput segar & buah hijau
Wangian semula jadi zaitun tuaian awal — langsung tiada bau hapak atau tengik.

🍏 Rasa lembut, sedikit lemak buah
Tidak pahit melampau. Ringan di lidah, tak meninggalkan rasa berminyak di mulut.

💧 Licin & mudah ditelan
Tekstur cair dan halus, terus meluncur. Hujungnya terasa sedikit pedas di tekak — itulah tanda oleocanthal yang aktif.

Semudah 1–2–3. Tak Sampai 10 Saat.

1. Sesudu pagi

Perut kosong, sebelum sarapan. Minum terus atau bersama madu.

2. Sesudu malam

Sebelum tidur. Lengkapkan 2 sudu sehari.

3. Bonus: atas makanan

Siram atas nasi, salad atau roti. Untuk ekzema, sapu pada kulit.

💡 Tip: Amalkan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. Badan perlukan masa untuk “padam api”.

SEBELUM ANDA BANDING HARGA…

Extra Virgin Asli Tak Pernah Murah. Yang Murah Itulah Yang Patut Anda Risau.

Di Eropah dan Amerika sendiri, sebotol minyak zaitun extra virgin organik yang berkualiti boleh mencecah sekitar USD30. Itu harga di negara asal, belum termasuk kos import, cukai dan penghantaran ke Malaysia.

Jadi bila anda jumpa “extra virgin” yang dijual terlalu murah, tanya diri sendiri: macam mana mereka boleh jual semurah itu? Jawapannya selalunya satu, ia telah dicampur dengan minyak lain yang lebih murah, atau bukan extra virgin langsung. Bukan sahaja tiada khasiat, malah berisiko jika diminum setiap hari.

Sebelum beli mana-mana minyak zaitun, semak 4 perkara ini:
Kesihatan bukan tempat untuk berjimat. Yang berkualiti, memang harganya tinggi sedikit dan memang berbaloi.
100% Extra Virgin. 100% Asli.

Organik USDA & EU · Tiada campuran · Disahkan 2 makmal

BONUS: Ambil Pakej 5 Botol, Dapat 4 Hadiah PERCUMA!

Cara Sertai Cabutan Bertuah

slide ke kiri >>>

HARGA PROMOSI TAMAT DALAM
00
JAM
00
MINIT
00
SAAT

Sila Pilih Pakej Dibawah. Tekan Butang 'Beli Pakej ...' Untuk Isi Borang Order Dan Sahkan Pembelian.

Sebotol 250ml = ±8 hari amalan (2 sudu sehari). Untuk hasil terbaik, kami sarankan Pakej 5 Botol.

Soalan Lazim

NAK BELI DI WHATSAPP ? TEKAN SIMBOL WHATSAPP UNTUK MESEJ PENJUAL

Setiap badan berbeza. Ramai pelanggan kongsi perubahan pada penghadaman dalam 1–2 minggu, dan perubahan bacaan selepas sekitar 3–4 minggu amalan konsisten. Sebab itu kami sarankan sekurang-kurangnya 30 hari.

Boleh — Sihaté ialah makanan. Jarakkan 1–2 jam dari ubat. Teruskan ubat doktor dan pantau bacaan anda; jika bacaan bertambah baik, bincang dengan doktor tentang dos ubat. Jangan hentikan ubat sendiri.

Itulah oleocanthal dan polifenol sedang “bekerja”. Rasa pedas ini tanda minyak tuaian awal yang tulen dan segar. Minyak yang ditapis tidak ada rasa ini langsung.

Kedua-duanya. Minum 2 sudu sehari untuk bantu dari dalam, dan sapu sedikit pada kulit kering atau gatal selepas mandi.

Boleh. Pilih COD di borang tempahan dan bayar kepada kurier bila parcel sampai di tangan.

Khas pembelian pertama Pakej 5 Botol melalui laman ini.

• Tuntutan dalam 30 hari dari tarikh terima parcel
• Sertakan resit dan nyatakan sebab
• Botol yang belum dibuka perlu dipulangkan

Secara amnya selamat untuk semua umur. Pesakit yang mengambil ubat cair darah (warfarin) atau dalam rawatan pembedahan disarankan berbincang dengan doktor dahulu.

Setahun dari sekarang, anda akan berharap anda mula hari ini.

Badan anda dah bagi isyarat. Bacaan check-up dah bagi amaran. Sekarang anda dah tahu apa yang boleh membantu dan ia cuma 2 sudu sehari.

sihaté

Herbliss (M) Sdn Bhd · Kota Bharu, Kelantan

Penafian: Minyak Zaitun Extra Virgin Sihaté ialah produk makanan, bukan ubat, dan tidak bertujuan mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan penyakit. Ia membantu menyokong kesihatan sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang. Testimoni ialah pengalaman peribadi pembeli; keputusan berbeza bagi setiap individu. Jangan hentikan ubat tanpa nasihat doktor.