Minyak Zaitun Sihate’ 100% Halal. Lengkap Dengan Sijil Akuan & Analisis. Setiap produk Sihaté akan melalui minima dua kali ujian makmal. Satu di tempat produk dihasilkan dan satu lagi setelah tiba di Malaysia. Ia bagi memastikan produk yang dijual adalah benar-benar asli.
Tyrosol mampu memberi perlindungan kepada sel untuk melawan kecederaan disebabkan oksidasi yang berlaku.
Polifenal boleh bertindak sebagai antioksida. Ini bermaksud ia boleh meneutralkan semula radikal bebas yang merbahaya yang boleh merosakkan sel dan meningkatkan risiko seperti kanser, diabetis dan penyakit hati.
Lebih daripada 70% dewasa, remaja perempuan dan lelaki kekurangan Vitamin E dalam diet mereka. Vitamin E merupakan lemak-larut yang berfungsi sebagai antioksida. Ia mampu mengurangkan risiko penyakit hati, kanser yang tertentu, masalah penglihatan dan masalah mental.
Vitamin K membantu menghasilkan pelbagai jenis protin yang diperlukan ketika pembekuan darah dan pembinaan tulang.
Badan manusia tidak boleh menghasilkan Omega-3. Mendapatkan Omega-3 yang mencukupi semasa mengandung dan ketika awal tumbesaran adalah penting untuk perkembangan anak anda. Ianya dikaitkan dengan kecerdasan yang lebih tinggi dan risiko yang lebih rendah untuk beberapa penyakit.
Asid oleik ialah asid lemak omega-9 yang paling biasa mungkin bertanggungjawab untuk kesan hipotensi (mengurangkan tekanan darah) minyak zaitun yang dianggap sebagai manfaat kesihatan.
Tapi, sebelum tu kami nak sharekan kegembiraan pengguna selepas minum minyak zaitun sihate’ :
(100% FEEDBACK JUJUR PELANGGAN)
Minyak zaitun bukan ubat. Ia adalah makanan yang apabila diambil di dalam kuantiti tertentu, Insyallah dapat membantu mengawal beberapa jenis penyakit yang ada kajian mengenainya. Namun, pengambilan minyak zaitun juga perlulah diseimbangkan dengan gaya hidup yang sihat. Bagi sesetengah penyakit kronik, perlulah mendapatkan saranan doktor sebelum mengambil minyak zaitun.
Ia bergantung terhadap bagaimana anda menggunakannya. Jika diamalkan dua sudu besar setiap hari, Insyallah ia boleh bertahan sehingga 30 hari.
EVOO yang ada dipasaran kebanyakannya untuk memasak manakala EVOO EH Sihaté untuk manfaat kesihatan. Justeru EVOO EH dikendalikan dengan cara yang sangat berhemah misalnya diimport menggunakan kontena sejuk beku supaya sifat minyak tersebut dapat dikekalkan. Minyak yang diimport menggunakan kontena biasa akan mengurangkan sifat minyak tersebut kerana EVOO sensitif dengan haba. Suhu di dalam kontena biasa boleh mencecah sehingga 70 darjah selsius di siang hari.
Golongan yang ada alahan boleh consume evoo.
Secara asasnya, minyak zaitun akan terjejas sifatnya apabila terdedah dengan haba. Tetapi berdasarkan beberapa kajian, minyak zaitun extra-virgin sangat bagus digunakan untuk memasak BERBANDING minyak-minyak lain kerana ia mampu mengekalkan khasiat makanan yang dimasak. Oleh kerana harga minyak zaitun extra-virgin early harvest Sihaté agak mahal, memadai ia digunakan dengan merenjis di atas makanan setelah selesai memasak bagi mengekalkan sifat asal minyak tersebut.
Minyak zaitun boleh menjadi element terpenting dalam menurunkan berat badan kerana lemak yang terkandung merupakan lemak yang sihat yang diperlukan badan. Minyak zaitun juga akan membuatkan seseorang itu cepat kenyang dan seterusnya mampu mengurangkan pengambilan makanan seseorang.